Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kanan) membuat lawatan ke pasar raya Tesco ketika Majlis Perasmian Kempen Beli Barangan Malaysia di Tesco Extra, Kajang pada 30 Januari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia catat jualan RM402 juta

KAJANG, 30 JAN: Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM) mencatatkan jualan RM402 juta di semua rangkaian pasaraya Tesco di seluruh negara setakat suku kedua tahun lalu, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna berkata jumlah itu meningkat 2.3 peratus berbanding 2018 dengan majoriti disumbangkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Kita menghargai sokongan Tesco yang komited menjayakan inisiatif KBBM selain memberikan laluan kepada usahawan PKS memasarkan produk di 60 rangkaian pasar raya berkenaan di seluruh negara.

“Sebahagian produk PKS juga dipasarkan melalui syarikat penerbangan Air Asia, Lazada dan Shoppe, malah memperoleh pencapaian luar biasa melalui kolaborasi ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran KBBM di Tesco Extra Kajang di sini hari ini.

Sebanyak 13 syarikat PKS baharu diberi peluang untuk disenaraikan di Tesco dengan pengecualian yuran penyenaraian (listing fee) bagi memasarkan produk mereka.


Pengarang :