SHAH ALAM, 25 FEB: Sebanyak 71 kematian baharu Covid-19 dilaporkan di China hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,663 kes.
Jumlah direkodkan itu adalah paling rendah dalam tempoh dua minggu, lapor portal straitstimes.com
Suruhanjaya Kesihatan Nasional turut melaporkan 508 kes baharu disahkan, meningkat daripada 409 kes pada Selasa.
Sehingga kini keseluruhan kes meningkat 76,288 akibat wabak tersebut di seluruh China.