AGENSISELANGOR

Warga emas dakwa nampak harimau di kawasan perumahan

SHAH ALAM, 25 FEB: Seorang lelaki warga emas mendakwa panik apabila tersuluh seekor harimau belang duduk berhampiran rumahnya di Jalan Angkasa, Batu Arang di sini, kelmarin.

Ahmad Mohd. Yusof, 71, berkata, semasa kejadian jam 2.30 pagi dia mahu menutup pintu pagar rumahnya.

“Saya ternampak harimau itu di tengah kawasan tanah lapang dalam jarak 40 meter.

“Kebetulan saya bawa lampu suluh. Jadi saya suluh ke arah tanah lapang dan nampak ada `mata’ yang berkilau,” lapor Harian Metro.

Katanya, dia yang mendapati itu adalah harimau terus masuk ke dalam rumah dan ketika menyuluh lampu melalui tingkap didapati haiwan itu tiada lagi di tanah lapang.

Susulan kejadian itu, Ahmad membuat laporan di Balai Polis Bandar Tasik Puteri bagi memaklumkan kejadian itu.


Pengarang :