SHAH ALAM, 6 MAC: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) mengedar topeng muka dan pembersih tangan percuma kepada orang awam di Bangunan Sultan Idris Shah bagi sama-sama mengekang penularan wabak Covid-19.
Pengurus operasinya, Md Arifin Jaafar berkata ia langkah awal menghadapi gelombang kedua wabak berkenaan.
“Orang ramai juga dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar terutama mengunjungi pusat beli-belah atau melancong ke luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mereka yang mahukan maklumat terperinci mengenai virus ini perlu merujuk sumber Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mendapat maklumat tepat.