AGENDASUKANKINI

Covid-19: FAM tangguh semua kejohanan

SHAH ALAM, 13 MAC: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menangguhkan semua kejohanan kendaliannya dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin berkata arahan berkuat kuasa 16 Mac ini meliputi Shopee Piala FA Malaysia dan Piala Presiden 2020.

“Kejohanan CIMB Liga Super, Liga Premier, M3, M4, Piala Belia dan Liga Premier Futsal 2020 yang dijadualkan minggu ini pula berlangsung tanpa penonton,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Hari ini, Pesuruhjaya Sukan Malaysia menasihatkan semua penganjuran acara sukan tempatan dan antarabangsa ditangguhkan susulan Covid-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia semalam mengesahkan sembilan kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif positif virus sebanyak 158 kes.


Pengarang :