AGENDANASIONAL

Banteras import plastik, elak Selangor jadi pusat kumpul sisa

SHAH ALAM, 16 MAC: Kegiatan mengimport plastik terpakai oleh kilang-kilang kitar semula harus dibanteras agar Selangor tidak menjadi pusat pengumpulan sisa, titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah aktiviti itu mencemarkan alam sekitar dan tindakan perundangan boleh dilaksanakan melalui kerjasama bersepadu antara agensi-agensi penguat kuasa termasuk Jabatan Alam Sekitar (Jas) negeri.

“Pada 2020 Kerajaan Negeri memberi fokus untuk mewujudkan pusat kitar semula yang komprehensif di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan di kampung tradisi terpilih di negeri ini,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Kali Ke-14 Tahun 2020 di Bangunan Annex di sini hari ini.

Kerajaan Persekutuan sebelum ini mengulangi pendirian bahawa Malaysia tidak akan menjadi tempat pembuangan sisa plastik dunia apabia menghantar pulang 110 kontena sisa plastik yang dibawa masuk ke negara ini secara haram.

Daripada jumlah berkenaan 60 kontena dari Amerika Syarikat, Kanada (15), Jepun (14), United Kingdom (sembilan), Belgium (lapan) dan masing-masing satu dari Mexico, Hungary, Perancis dan Jamaica.

Jabatan Pengurusan Sisa dan Pepejal Negara hanya mengeluarkan  62 Permit Import  kepada syarikat tempatan untuk mengimport dan  memproses sisa plastik ke negara ini.


Pengarang :