Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan bertitah ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 16 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Institut dakwah diperluas, lahir umat Islam berilmu

SHAH ALAM, 16 MAC: Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) akan diperluaskan bagi membina umat Islam berilmu dan bertamadun, titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda bertitah, ILDAS bukan sekadar institusi melatih pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tetapi juga berfungsi untuk menyelaraskan perkara-perkara berkaitan kajian Islam.

“ILDAS juga berperanan sebagai pengawasan ilmu teras dan pendidikan inklusif, pusat Islamisasi dan tranformasi, pusat bahasa dan antarabangsa, pusat pengurusan standard dan inovasi serta pusat pendidikan al-Quran,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Ke-14 Tahun 2020 di sini hari ini.

Pada masa sama, baginda bertitah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah juga akan diupayakan sebagai pusat hab al-Quran Negeri Selangor menjelang 2020.

“Dalam menjadikan institusi masjid dan surau sebagai pusat pengupayaan ummah, ia juga berfungsi sebagai pusat ibadah, pusat ilmu, pusat dakwah dan pusat tanggungjawab sosial pelbagai golongan masyarakat,” titah baginda.


Pengarang :