Petugas kesihatan yang menggunakan penutup muka yang disumbangkan sebuah pertubuhan keusahawanan sosial di bawah program Biji-Biji Initiative. Foto Facebook Biji-Biji Initiative
AGENDANASIONAL

Hasilkan 15,000 penutup muka untuk petugas kesihatan

SHAH ALAM, 1 APRIL: Sebuah pertubuhan keusahawanan sosial, Biji-Biji Initiavie menyasarkan untuk menghasilkan 15,000 unit penutup muka untuk kegunaan petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19, kata pengarahnya.

William Koong Wei Lian berkata setakat ini kira-kira 11,000 komponen utama dalam peralatan perlindungan diri (PPE) itu sudah dihasilkan dan diserahkan kepada hospital untuk kegunaan pasukan barisan hadapan tersebut.

“Inisiatif menghasilkan penutup muka itu tercetus selepas mendapat permintaan daripada seorang doktor yang memaklumkan mereka kekurangan peralatan berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

William berkata selepas membuat kajian melalui internet, pihaknya mencipta prototaip yang kemudiannya dikongsi dengan pemilik makmal mikro supaya lebih banyak penutup muka dapat dihasilkan segera.


Pengarang :