Berkuat kuasa 15 September 2023, kerajaan memutuskan individu yang telah mempunyai lesen memandu kereta atau motosikal tidak perlu jalani ujian teori kali kedua untuk memohon lesen dalam kelas berlainan (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Sekolah memandu dibenar beroperasi hingga malam

SHAH ALAM, 14 JULAI: Sekolah memandu dibenar beroperasi selama 13 jam bermula jam 7.30 pagi hingga 8.30 malam berbanding 8 jam sebelum ini.

Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata pindaan waktu itu melibatkan kapasiti penuh pekerja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Waktu kursus dan latihan pemanduan dibenarkan bermula jam 8.30 pagi hingga 8 malam,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau menjelaskan antara SOP yang perlu dipatuhi pengendali sekolah terbabit adalah pemeriksaan suhu badan, proses nyahkuman di luar dan dalam kenderaan pada setiap masa, sebelum dan selepas digunakan serta memastikan kapasiti dan aturan tempat duduk terkawal.

Pada 1 Jun lalu, Majlis Keselamatan Negara membenarkan operasi sekolah memandu bermula jam 8 pagi hingga 4 petang.


Pengarang :