Brenton Tarrant, individu bersenjata yang menembak dan membunuh jemaah dalam serangan di masjid Christchurch, dilihat semasa hukuman dijatuhkan di Mahkamah Tinggi di Christchurch, New Zealand pada 25 Ogos 2020. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Dalang serangan masjid di Christchurch dipenjara seumur hidup tanpa parol

MOSCOW, 27 OGOS: Penembak Christchurch yang membunuh 51 individu pada 2019 dalam serangan ke atas dua masjid di New Zealand, Brenton Tarrant, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol, lapor agensi berita Sputnik memetik akhbar Herald.

Menurut akhbar berkenaan, hukuman diputuskan mahkamah itu adalah yang pertama dalam sejarah negara.

Pada 15 Mac 2019, New Zealand digemparkan dengan dua insiden tembakan besar-besaran di Masjid Al Noor dan Pusat Islam Linwood di Christchurch.

Tragedi itu menyebabkan 51 terkorban dan 50 yang lain cedera.

Penyerang, berasal dari Australia berusia 28 tahun, melakukan pembunuhan yang turut disiarkan secara langsung di Facebook, dan video itu kemudian turut tular di platform dalam talian yang lain.

– BERNAMA


Pengarang :