Petugas Kesihatan Selcare memasukkan sampel ujian individu pulang dari Sabah ke dalam beg saringan Covid-19 di Klinik Selcare, Shah Alam pada 4 Oktober 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Rekod baharu 871 jangkitan, 701 kes sembuh tertinggi

SHAH ALAM, 18 OKT: Jangkitan Covid-19 mencatat 871 kes, hari kedua berturut-turut merekod angka tertinggi sejak wabak melanda negara, mengatasi catatan harian  semalam iaitu 869 kes.

Bagaimanapun, sebanyak 701 kes pulih dicatatkan hari ini, rekod paling banyak sembuh dalam sehari.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah keseluruhan kes dalam negara kini 20,498 dan jumlah sembuh 13,262 semuanya.

“Daripada jumlah keseluruhan sebanyak lima merupakan kes import manakala Sabah terus mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 702 kes, Selangor (72), Pulau Pinang (45), Perak (10), Labuan (sembilan), Kedah (Sembilan).

“Manakala Kuala Lumpur (tujuh), Sarawak (lima), Negeri Sembilan (tiga), Terengganu (dua), Johor (satu), Melaka (satu).

Beliau berkata sebanyak 86 kes kini dirawat di unit rawatan rapi manakala tujuh kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan 187 kes.

 


Pengarang :