Kelihatan penduduk di sekitar Pekan Meru, Klang mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka bagi mengelak penularan Covid-19 ketika tinjauan pada 8 Oktober 2020. Foto BERNAMA
SELANGOR

Covid-19: Selangor catat 77 kes, kluster baharu dikesan

SHAH ALAM, 18 OKT: Kes harian Covid-19 di Selangor menurun kepada 77 kes hari ini berbanding 159 kes semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata penularan di negeri ini dikesan menerusi saringan lapangan (35 kes), kluster sedia ada (32), kluster baharu dikenali kluster Auto (lima) dan kes import (lima).

“Kluster Auto dikesan melibatkan daerah Petaling, Kuala Langat dan Klang di Selangor serta daerah Seremban, Negeri Sembilan.

“Kes kluster ini dikesan hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat dilakukan dan sebanyak lapan kes lagi dikesan,” katanya pada sidang media hari ini.

Malaysia merekokan 871 kes baharu Covid-19 hari ini, tertinggi sejak penularan wabak tersebut menjadikan kes keseluruhan 20,498 dengan 7,049 daripadanya kes aktif.

 


Pengarang :