Pelajar Unisel mengulang kaji pelajaran bersama rakan di Kolej Kediaman Bestari Jaya (KKBJ). Foto Facebook Unisel
AGENSISELANGOR

Unisel perluas Biasiswa Bestari, bantu pelajar kurang mampu

SHAH ALAM, 12 NOV: Universiti Selangor (Unisel) bakal memperluaskan Biasiswa Bestari di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mulai tahun depan, kata pengarah komunikasi korporatnya.

Hasril Abu Hassan berkata dana yang menawarkan yuran pengajian percuma berkenaan terbuka kepada pelajar semester pertama untuk semua program diploma dan ijazah sarjana muda di kampus Bestari Jaya.

“Sebelum ini kita menawarkan dana itu kepada pelajar kurang berkemampuan bagi kemasukan sesi Julai dan Ogos di 10 DUN terpilih.

“Susulan sambutan yang diterima amat menggalakkan dan sempena sambutan 20 tahun Unisel, kita mengambil keputusan untuk perluas lagi di seluruh DUN di Selangor,” katanya dalam kenyataan.

Hasril berkata pihaknya berharap dana berkenaan dapat meringankan beban keluarga pelajar terutama ketika berdepan situasi pandemik Covid-19.


Pengarang :