Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 27 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Selangor catat 509 kes Covid-19, dua kematian baharu

SHAH ALAM, 5 JAN: Selangor mencatat kes harian Covid-19 tertinggi hari ini selepas 509 jangkitan tempatan dilaporkan, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu merupakan 25.1 peratus daripada keseluruhan 2,027 kes seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 338 kes iaitu 66.4 peratus adalah kes yang dikesan dari kluster sedia ada serta saringan kontak rapat yang dijalankan di lapangan.

“Ia termasuk 90 kes dari kluster baharu manakala 171 kes pula dikesan dari lain-lain saringan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat dua kematian direkodkan di negeri ini membabitkan dua wanita, masing-masing berusia 63 serta 52 tahun.

“Seorang adalah warga asing. Mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya.

 

 


Pengarang :