Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia. Putrajaya pada 4 Januari 2021. Foto BERNAMA
BERITA UTAMASELANGOR

Kes harian Covid-19 kekal empat digit di Selangor, tiga kematian

SHAH ALAM, 17 JAN: Jangkitan baharu Covid-19 di Selangor kekal empat digit hari ini dengan catatan 1,314 kes manakala tiga kematian direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata negeri ini masih merekodkan kes harian tertinggi iaitu 39.4 peratus dari jumlah keseluruhan dalam negara.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 1,122 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan.

“Sementara 192 kes lagi daripada lain-lain saringan Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiga kematian membabitkan dua wanita warganegara dan seorang warga asing yang semuanya berusia lingkungan umur 32 hingga 78 tahun.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) pula memaklumkan sebanyak 707 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih 38,994.

Sehingga kini sebanyak 92 kematian dilaporkan manakala terdapat 7,747 kes aktif.

 


Pengarang :