Orang ramai melakukan ujian calitan dalam program Saringan Komuniti Covid-19 anjuran Kerajaan Selangor di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 7 Januari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Petaling catat 410 kes, tertinggi di Selangor

SHAH ALAM, 20 JAN: Petaling mencatatkan kes Covid-19 tertinggi semalam sebanyak 410 kes, lebih 30 peratus dari 1,199 kes yang dilaporkan di seluruh negeri.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan sebanyak 140 kes direkodkan mukim Damansara, Petaling (106), Sungai Buloh (88) dan Bukit Raja (76).

Agensi itu menambah Hulu Langat pula melaporkan 369 kes dengan 217 kes melibatkan Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok, Kajang (80), Cheras (27), Ampang (26), Semenyih (12), Hulu Langat (empat) dan Beranang (tiga).

“Sepang pula mengumpul 111 kes iaitu Dengkil (93), Sepang (10) dan Labu (lapan) manakala Klang mencatatkan 102 kes meliputi mukim Klang (64) dan Kapar (38),” tulis agensi itu di Facebook.

Jabatan itu menambah sebanyak 58 daripada 79 kes di Kuala Selangor dikesan di mukim Ijok, Kuala Selangor dan Tanjong Karang masing-masing lima kes, Jeram (empat), Bestari Jaya (tiga) dan dua kes di Api-Api serta Ujung Permatang.

Menurutnya, Gombak pula mencatatkan 43 kes iaitu Batu (25), Rawang (tujuh), Kuang dan Setapak masing-masing empat, Hulu Kelang (dua) dan penjara (satu).

“Kuala Langat merekodkan 42 kes, majoriti melibatkan mukim Tanjung Dua Belas (1) iaitu 22 kes, Telok Panglima Garang (13), Morib (tiga), Jugra (dua) dan masing-masing satu kes di Bandar serta import A (Mauritania).

“Sebanyak 33 kes yang dilaporkan di Hulu Selangor meliputi 18 kes di Serendah, Ampang Pecah (enam), Batang Kali (tiga) dan masing-masing dua di Hulu Bernam, Rasa dan Ulu Yam,” kata JKNS.

Sementara itu, Sabak Bernam mencatatkan sembilan kes melibatkan Pasir Panjang (empat), Panchang Bedena (tiga), Bagan Nakhoda Omar (dua) dan satu kes import dari Ireland.

Selangor mencatatkan 49,245 kes Covid-19 dengan 426 daripadanya kes import sejak penularan pandemik.

 


Pengarang :