Dato’ Seri Amirudin Shari melawat sekitar jeti ketika sesi bertemu nelayan dan penyampaian pek makanan asas di Jeti Kelanang, Kuala Langat pada 21 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Baik pulih tangga Jeti Kelanang, mudah naikkan hasil laut

KUALA LANGAT, 21 MAC: Kerajaan Negeri akan membaik pulih tangga Jeti Kelanang di Banting untuk memudahkan nelayan menaikkan hasil tangkapan.

Dato’ Menteri Besar berkata binaan bernilai antara RM40,000 hingga RM50,000 bagi mengukuhkan struktur sedia ada sekali gus menjamin keselamatan golongan itu.

“Sumbangan ini sebahagian daripada pelbagai bantuan yang diberikan dan nelayan boleh suarakan keperluan lain sama ada pukat, jaring atau alat pengesan lokasi (GPS). Kita akan sedaya upaya bantu,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika ditemui.

Beliau yang meninjau kawasan berkenaan bersama EXCO Pembangunan Luar Bandar Borhan Aman Shah turut menyerahkan bantuan makanan asas kepada 50 nelayan di situ.

Pada 20 Januari, Kerajaan Negeri mengumumkan dana RM2 juta untuk meringankan beban nelayan, petani, pengusaha ternakan dan industri asas tani.

Insentif baucar petrol diberi kepada nelayan, barangan pertanian (petani), makanan haiwan (pengusaha ternakan) dan bahan mentah (industri asas tani).


Pengarang :