Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Penyerahan Kunci secara simbolik Rumah Selangorku di Taman Bunga Raya, Beruntung, Hulu Selangor pada 10 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB: Bandar Bukit Beruntung, Bukit Sentosa dibangunkan semula

HULU SELANGOR, 10 APRIL: Bandar Bukit Beruntung dan Bandar Bukit Sentosa di sini dibangunkan semula sebagai lokasi kondusif dan berdaya huni, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha itu merangkumi penggalakan aktiviti perniagaan menerusi pembukaan pusat edaran Tesco, Perodua, Pusat Latihan Polis (Pulapol) dan pelbagai lagi.

“Kerajaan Negeri turut mengenal pasti kawasan seluas 1,000 ekar untuk pembinaan kediaman, pusat komersial dan industri.

“Perancangan jangka panjang ini menjadikan Bandar Bukit Beruntung dan Bandar Hulu Selangor setara dengan bandar lain,” katanya.

Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersama penerima kunci rumah, Rosmalini Salleh, 41, (dua kiri) dan anaknya, Nor Ellia Natsha Jasruzan, 18, (kiri) selepas merasmikan majlis penyerahan kunci Rumah Selangorku di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada 10 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Beliau ditemui pemberita selepas menyerahkan kunci kepada pembeli fasa pertama Rumah SelangorKu berharga RM250,000 seunit di Taman Bunga Raya, hari ini.

Sebanyak 419 unit rumah dibina atas kawasan seluas 26.8 ekar dengan 109 unit fasa pertama siap.

Pada 3 Februari tahun lepas, Amirudin berkata faerah Hulu Selangor bakal dimajukan sebagai gerbang pembangunan utara negeri menjelang 2035.

Kerajaan Negeri akan memastikan pelan pembangunan di Hulu Selangor mengambil kira penggunaan tanah secara lestari serta mesra alam.


Pengarang :