AGENSISELANGOR

Video Resensi Buku #selangormembaca tawar hadiah RM40,000

SHAH ALAM; 23 APRIL: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menganjurkan pertandingan Video Resensi Buku #selangormembaca 2021 dengan hadiah keseluruhan RM40,000.

Pengarahnya berkata pertandingan sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut hari ini dijalankan dengan pertambahan satu kategori menjadi 14.

Katanya, program itu memerlukan peserta merakam video ulasan buku yang dibaca dan kemudian dimuat naik ke media sosial sendiri sama ada Facebook, Instagram atau YouTube dengan tanda #selangormembaca.

“Sepanjang dua tahun penganjuran sejak 2019 hampir 800 video penyertaan diterima dari pelbagai kategori iaitu dari kanak-kanak, remaja, dewasa dan keluarga.

“Sebelum ini 13 kategori dipertandingkan dan pada kali ini ditambah baik untuk bahagian penjawat awam,” kata Datin Paduka Mastura Muhammad ketika dihubungi Selangorkini.

Beliau berkata program itu akan bermula Mei ini dan tarikh tutup penyertaan pada 31 Disember.

“Mereka yang berminat menyertai pertandingan boleh mengikuti Facebook Selangor Membaca untuk maklumat lanjut,” katanya.

 


Pengarang :