Dato’ Seri Amirudin Shari melawat kediaman pendakwah bebas Fauwaz Fadzil yang ditimpa musibah kebakaran di Saujana Impian, Kajang pada 22 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB ziarah ustaz Fauwaz, hulur sumbangan peribadi

KAJANG, 22 APRIL: Dato’ Menteri Besar meluang masa menziarahi pendakwah bebas Fauwaz Fadzil yang ditimpa musibah kebakaran di Saujana Impian di sini, petang semalam.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Fauwaz serta bantuan lain yang dimaklumkan kemudian.

“Kehadiran saya sebagai tanda sokongan kepadanya supaya terus kuat semangat di sebalik dugaan yang menimpa.

“Beliau dianggap tokoh pemikir muda yang banyak menyumbang idea kepada negeri ini terutama melibatkan asas maqasid syariah,” katanya ketika ditemui pemberita.

Sementara itu, Fauwaz berkata kejadian berlaku pada 2 April lepas, jam 8 malam ketika beliau dan isteri tiada di rumah.

“Saya dihubungi pembantu rumah memaklumkan berlaku kebakaran, mujur ada jiran membantu menghubungi bomba.

“Kerugian dianggarkan RM100,000 namun saya redha dengan ujian Allah, yang penting saya bersyukur semua selamat,” kata anak mantan Presiden PAS Datuk Fadzil Noor.


Pengarang :