Program Bual Bicara Seldec: Platform Bantu Peniaga Selangor yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Media Selangor dan Seldec pada 22 Jun 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Setahun sertai Seldec, usahawan makanan kini ada 80 ejen

SHAH ALAM, 22 JUN: Seorang usahawan kecil berjaya melantik 80 ejen seluruh negara selepas menyertai program Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) tahun lalu.

Pengasas Kasihnya Karl Food Industri berkata beliau merupakan peniaga terawal dilatih program itu bagi melancarkan operasi jualan berasaskan makanan.

“Dahulu pasaran saya hanya di Facebook peribadi dan WhatsApp sahaja tapi selepas sertai Seldec, saya diajar dengan ilmu pemasaran lebih meluas.

“Seldec berikan kursus, latih aspek pemasaran dan penjenaman bagi memudahkan jualan saya dikenali. Kini ada 80 ejen yang aktif menjual produk saya,” kata Noorinyanti Zainal Abidin dalam program Bual Bicara Seldec: Platform Bantu Peniaga Selangor.

Pengasas Kasihnya Karl Food Industries, Noorinyanti Zainal Abidin

Program tersebut disiarkan secara langsung melalui Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV.

Beliau berkata kebanyakan pelanggannya berpuas hati menggunakan platform e-dagang Seldec kerana barang pembelian sampai dengan selamat.

“Pelanggan juga selalu mendapat potongan harga. Ada juga menerima barangan percuma seperti minyak masak dari Seldec,” katanya.

Seldec dilancarkan pada 3 Oktober 2019 bagi membantu meningkatkan pendapatan usahawan kecil dan pengusaha luar bandar di negeri ini.


Pengarang :