Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada orang awam di pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Seri Siantan, Gombak pada 28 Jun 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Lebih 100 individu dapat rebat RM20 ke pusat vaksin

SHAH ALAM, 29 JUN: Seramai 120 individu layak mendapat rebat RM20 bagi perjalanan ke pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh negeri menggunakan Grab.

Ketua tanggungjawab sosial korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata insentif itu juga boleh digunakan untuk perjalanan ke PPV Kuala Lumpur.

“Rebat ini bukan sahaja boleh digunakan untuk PPV di Selangor tetapi di Kuala Lumpur dengan syarat permohonan beralamat di negeri ini,” kata Ahmad Azri Zainal Nor ketika dihubungi.

Beliau berkata sebanyak 160 permohonan diterima sejak 20 Jun dan hanya individu yang mendapat vaksin mulai 1 Julai layak menerima manfaat.

Pada 23 Jun, Ahmad Azri berkata MBI menggunakan kumpulan WhatsApp komuniti masjid bagi mempromosi rebat berkenaan yang bakal memanfaatkan 50,000 penduduk negeri ini.

Inisiatif dengan peruntukan RM1 juta yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 menyasarkan penduduk negeri berusia 50 tahun ke atas.

Permohonan melalui pautan www.platselangor.com sah untuk perjalanan mulai 1 Julai hingga 30 September 2021.

 


Pengarang :