Turut mengajar seni khat di sebuah maahad tahfiz, Siti Hawa merakam peribahasa ‘berhampar lapik berlicin daun’ dengan gaya khat berbentuk sehelai daun
BERITA UTAMARENCANAWAWANCARA

Estetika khat bangkit kesedaran agama

SHAH ALAM, 22 OGOS: Seni khat bukan sahaja untuk santapan mata, keindahannya boleh juga membangkitkan kesedaran agama.

Walau seni ini berasal dari Timur Tengah, umat Islam negara kita menghayati pelbagai gaya tulisan hiasan khat di masjid dan rumah sejak sekian lama.

Selain nama Allah dan Muhammad, seni khat ayat Qursi, empat Qul dan ayat seribu dinar sering digantung di dinding kediaman, pejabat dan restoran. Kini karya khat turut diperluas untuk merakam puisi, nama atau peribahasa Melayu.

Sempena sambutan Maal Hijrah bertema ‘Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti’ yang jatuh pada 10 Ogos, jurufoto FIKRI YUSOF, HAFIZ OTHMAN dan ZAKKI JILAN merakam hasil seni khat. Sementara beberapa foto lagi disumbang oleh karyawan sendiri.

 


Mohd Rizal Keria, 37, bersama ukiran khat 99 nama Allah yang diukir pada kayu menggunakan teknik pancaran laser. Mahir khat jenis naskh, thuluth dan khufi, beliau kerap menerima tempahan syarikat korporat dan orang kenamaan

 

Dua bentuk kerongsang piuter bercorak khat gaya diwani yang terukir nama pemiliknya dihasilkan Siti Hawa Zainal Abidin, 38, di rumahnya di Seksyen 25, Shah Alam

 


Ahmad Rajaei Awang, 39, dari Seksyen 30, Shah Alam menggunakan cat akrilik untuk menghasilkan khat. Karya yang sering dihasilkan termasuk tulisan ayat al-Quran, zikir dan puisi Melayu

 


Ahmad Jurjani Hishamudin, 29, menghasilkan khat kufi murabba daripada ayat 185 al-Baqarah. Turut mengajar kelas seni dalam talian, beliau mengambil masa 30 hari untuk menyiapkan karya ini yang kelihatan seperti helikopter

 


Ahmad Jurjani, bekas pelajar tajaan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), bersama Pengerusi Niqabah Al-Asyraf Mesir Sayyid Mahmoud As-Syarif ketika menyertai pertandingan seni khat niqabah di Mesir pada 2015

 


Kurator Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) Mohamad Aris Sahid, 57, menunjukkan ukiran kayu ayat al-Quran berusia lebih 100 tahun dari Jawa Tengah, Indonesia yang disimpan di Muzium Sultan Alam Shah

 


Badan warisan negeri Padat memiliki pelbagai ukiran kayu khat dari kurun ke-18 dan 19 yang dijadikan hiasan dinding, antaranya surah pendek dalam al-Quran dan nama-nama utama dalam Islam

 


Selain menghasilkan seni khat untuk hiasan dinding, Siti Hawa juga menulis nama pembeli di atas rehal kayu dan kerongsang. Tulisan di rehal ini menggunakan gaya seni khat diwani jali

 


Selain bertugas sebagai guru, Muhd Faizul Azmir Ramli, 35, juga menghasilkan ratusan karya seni khat di rumahnya di Kampung Melayu Seri Kundang, Gombak

 

Mengajar di Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara, Petaling Jaya, Muhd Faizul juga menjadi jurulatih utama pendidikan khat di sekolah sehingga peringkat kebangsaan

 


Pengarang :