SHAH ALAM, 13 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan lima daerah di negeri ini mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 1 pagi esok.
Agensi menerusi Twitter memaklumkan lima daerah berkenaan ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
Amaran sama dijangka berlaku di Perak dan Kuala Lumpur melibatkan kebanyakan kawasan.
Manakala Kedah meliputi Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang (Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh), Terengganu (Besut) serta Johor (Pontian, Kulai dan Johor Bahru).
Kawasan di Sarawak pula Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis) selain Sabah (Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu)).
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.