Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra dengan peniaga selepas merasmikan Pasar PJKita@Sri Damansara, Petaling Jaya pada 25 Mac 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor sedia dana hampir RM7.7 bilion laksana program tebatan banjir

DAMANSARA, 25 MAC: Kerajaan Selangor memperuntukkan hampir RM7.7 bilion bagi menjayakan projek tebatan banjir di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata projek itu akan dimulakan dengan proses mendalamkan Sungai Klang dan ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Ini juga adalah sebahagian daripada projek pembangunan Sungai Klang. Perancangan ini telah dibentang pada program pemukiman lepas.

“Sebahagian kos keseluruhan ini akan dibiayai Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pasar PJKita@Sri Damansara, di sini hari ini.

Pada Disember lalu, Amirudin memaklumkan sebanyak RM60 juta akan diperuntuk tahun ini bagi melaksanakan pembangunan tebatan sebagai langkah jangka panjang mengatasi isu banjir.

Jumlah itu adalah menyamai peruntukan pada 2021 namun perbelanjaan tahun berkenaan hanya membabitkan dana antara RM40 hingga RM45 juta susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.


Pengarang :