Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Hulu Langat diramal hujan dan ribut petir hingga 5 petang

SHAH ALAM, 27 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di daerah Hulu Langat, Selangor sehingga 5 petang ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama turut dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di Melaka.

Manakala Pahang melibatkan Bentong serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin).

Ramalan sama hingga 6 petang di Sarawak iaitu Kucihng, Samarahan, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah ()Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Belaga), Bintul, Miri dan Limbang.

Sabah pula membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan (Tongod).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :