Orang ramai membeli juadah di bazar Ramadan. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya
PBTSELANGOR

MBSJ tidak keluar kompaun, didik peniaga patuhi peraturan

SUBANG JAYA, 22 APRIL: Tiada kompaun dikeluarkan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) kepada peniaga bazar Ramadan setakat ini, kata Dato’ bandarnya.

Dato’ Johary Anuar berkata hasil pemantauan pihaknya mendapati peniaga dan pengunjung mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

“Kita turun ke lapangan bagi memantau pelaksanaannya dan ini merupakan Ramadan pertama berada dalam fasa endemik.

“Kehadiran memang luar biasa namun kita menitik beratkan pematuhan SOP. Buat masa ini, pematuhan berada dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada Majlis Perasmian Taman Permainan Inklusif USJ 11/5 sempena Sambutan Hari Autisme Sedunia MBSJ 2022 hari ini.

Jelas Johary, untuk kawalan bazar Ramadan pihaknya melantik anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dalam membantu MBSJ.

“Dengan adanya anggota Rela, mereka boleh mengawal bazar Ramadan sementara penguatkuasa MBSJ menumpukan pada halangan kenderaan,” katanya.

Tahun ini, MBSJ meluluskan permohonan 764 peniaga bazar Ramadan melibatkan sebanyak 16 lokasi di zon Subang Jaya, Puchong, Kinrara, Serdang dan Seri Kembangan.

 


Pengarang :