Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Emile Muller, Mulhouse, Perancis pada 8 Januari 2021. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

FDA lulus dos penggalak Pfizer kepada kanak-kanak bawah 12 tahun

LOS ANGELES, 18 MEI: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat pada Selasa meluluskan dos penggalak vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun sekurang-kurangnya lima bulan selepas lengkap suntikan vaksin utama.

Pada 3 Jan, FDA meluluskan penggunaan satu dos penggalak vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 untuk kanak-kanak berumur 12 hingga 15 tahun selepas lengkap dua dos vaksin.

“Meskipun jangkitan Covid-19 dilihat kurang menjejaskan kanak-kanak berbanding orang dewasa, gelombang Omicron menyaksikan lebih ramai kanak-kanak sakit dan dimasukkan ke hospital, serta golongan ini kemungkinan mengalami kesan dalam jangka panjang, walaupun pada mulanya hanya bergejala ringan,” kata Pesuruhjaya FDA Robert Califf dalam satu kenyataan.

“FDA membenarkan penggunaan dos penggalak tunggal vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun bagi memberi perlindungan berterusan terhadap Covid-19,” katanya.

-BERNAMA


Pengarang :