AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Gombak, Hulu Langat diramal ribut petir, hujan hingga 7 malam

SHAH ALAM, 18 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 7 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di negeri ini melibatkan daerah Gombak dan Hulu Langat.

Situasi sama diramal di Kelantan meliputi Jeli dan Kuala Krai; Terengganu (Besut dan Setiu), Pahang (Bentong, Temerloh dan Kuantan) serta Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau).

Manakala Sabah di Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Penampang, Kota kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahar Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :