SHAH ALAM, 13 JUN: Klinik Selcare menawarkan pakej ujian polimeras masa nyata (RT-PCR) dan pemberian vaksin kepada bakal jemaah haji dan umrah.
Selgate Group Of Companies memaklumkan pakej berkenaan ditawarkan sebagai langkah berjaga-jaga dan mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang beribadat nanti.
“Pakej haji/umrah kami termasuk ujian PCR dan vaksinasi untuk influenza dan meningokokus.
“Untuk menempah janji temu dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 24 jam 1800-22-6600,” katanya di Facebook.
Berdasarkan infografik harga yang ditawarkan bagi ujian PCR ialah RM99 dengan keputusan diperoleh dalam tempoh 12 jam.
Manakala bagi pakej A vaksinasi influenza dan meningokokus berharga RM220 dan pakej B influenza, meningokokus serta ujian PCR berharga RM310.