SHAH ALAM, 13 JUN: Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat dijangka mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 1 pagi esok.
Amaran oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) itu turut membabitkan kawasan Jelebu, Negeri Sembilan; Beluru, Marudi dan Limbang di Sarawak.
Kawasan lain adalah Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak; Gua Musang, Kelantan serta Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang.
Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.