Aksi pasukan wanita Selangor FC dalam saingan Liga Wanita Nasional 2022. Foto Facebook Selangor FC
AGENDASUKANKINI

Wanita Selangor FC di kedudukan kedua, terus saingan Sabtu ini

SHAH ALAM, 13 JUN: Pasukan wanita Selangor FC kini berada di kedudukan kedua kumpulan zon tengah dalam saingan Liga Wanita Nasional 2022.

Menurut Selangor FC pasukan wanita berjaya meraih enam mata apabila mencatat dua kemenangan berturut-turut selepas berakhirnya dua perlawanan.

Dalam aksi pertama pada 4 Jun lalu, pasukan wanita Selangor FC menewaskan ATM (6-0) dan seterusnya mengalahkan pasukan First 11 (2-1) pada 11 Jun lalu.

“Pasukan wanita masih perlu mengharungi satu lagi perlawanan bulan ini iaitu menentang Setiawangsa Sollo pada 18 Jun ini bertempat di JSA Arena, Setia Alam sebelum Liga Wanita Nasional berehat selama sebulan.

“Selangor FC berbangga dengan pencapaian pasukan wanita Gergasi Merah setakat ini. Diharapkan skuad wanita dapat mengekalkan momentum kemenangan yang ada ini hingga tamat saingan liga,” katanya.

Berdasarkan kedudukan terkini liga wanita Selangor FC berkongsi mata dengan pendahulu liga, SSM Pahang dengan enam mata hanya dibezakan jumlah jaringan dari enam pasukan bertanding.

Di kedudukan ketiga KLFA dengan tiga mata, diikuti ATM juga tiga mata dan First 11 dan Setiawanga Sollo masih gagal meraih sebarang mata.


Pengarang :