SHAH ALAM, 13 JUN: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) meminta orang ramai supaya memohon Skim Air Darul Ehsan (Sade) bagi menikmati air percuma jika belum berbuat demikian.
Menurut Air Selangor pendaftaran untuk Sade dibuka sehingga 31 Disember 2024 dan mereka yang layak akan menikmati air percuma sebanyak 20 meter padu.
“Semak terma dan syarat permohonan program Skim Air Darul Ehsan (Sade) bagi mengetahui sekiranya anda layak untuk menerima 20 meter padu bekalan air secara percuma,” katanya di Facebook.
Antara syarat kelayakan adalah pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Selangor dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
Premis kediaman pula mestilah jenis meter individu dan pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun sahaja.
Untuk maklumat lanjut layari https://www.airselangor.com/residen…/skim-air-darul-ehsan/