(Hiasan) Ibu tunggal Umi Nur Faizah Fauzan Ali Halimi mengayuh kereta sorongnya yang dipenuhi dengan barangan terpakai yang dikutip untuk dijual ke kedai barangan terpakai bagi menampung kehidupan seharian di Taman Perindustrian Malim baru-baru ini. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dugaan ibu tunggal besarkan anak tanpa gaji stabil, bantuan nafkah

SHAH ALAM, 7 JULAI: Ibu tunggal antara golongan yang berdepan banyak dugaan sama ada dari sudut pekerjaan, pendapatan stabil, kebajikan mahupun sistem sokongan.

Seorang ibu tunggal mengakui sukar meraih pendapatan sebagai peniaga makanan sejak pandemik melanda malah berdepan kehidupan mencabar kerana tidak diberi nafkah, lapor Sinar Harian.

Menurut Asmiza Abdullah, 39, dia tidak berpeluang mendapatkan kerja tetap kerana perlu menguruskan persekolahan dua anaknya, masing-masing berusia 15 dan 12 tahun.

“Dari segi perbelanjaan memang datang daripada hasil jualan pelbagai jenis makanan seperti rojak, ayam gunting, kuih-muih dan minuman,” katanya yang menetap di Pendang, Kedah.

Seorang lagi ibu tunggal, Nolia Mohamed, 50, terpaksa membesarkan lima anaknya secara bersendirian melalui jualan roti lebih 20 tahun lalu tanpa nafkah daripada bekas suami.

Dia juga mengakui berdepan kesukaran selepas tidak lagi berniaga sejak awal pandemik, selain dikesan menghidap penyakit tiroid dalam tempoh tersebut.

Menurutnya, kehidupan bersama anaknya menjadi lebih ‘getir’ selepas kediaman mereka rosak teruk sehingga tidak boleh didiami akibat banjir akhir tahun lalu.

“Saya terpaksa tangguhkan usaha untuk membaiki rumah kerana hendak tumpu penuhi keperluan diri, anak dan pengurusan tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah,” katanya yang tinggal di Shah Alam.


Pengarang :