AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Tiga daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 11 pagi

SHAH ALAM, 11 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan tiga daerah sehingga 11 pagi ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di Kuala Selangor, Gombak dan Petaling.

Situasi sama diramal di seluruh Putrajaya serta Kedah iaitu di Kota Setar, Yan dan Pendang.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :