Maklumat palsu mengenai ribut yang tular di media sosial. Foto Facebook MetMalaysia
AGENDANASIONAL

MetMalaysia: Maklumat dua ribut bertembung yang tular di media sosial adalah palsu

SHAH ALAM, 13 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan maklumat cuaca mengenai pertembungan dua ribut yang tular di media sosial adalah palsu.

Menurut MetMalaysia ribut itu terbentuk akibat tekanan rendah di pantai timur India yang dijangka bergerak perlahan ke barat memasuki daratan negara berkenaan.

“Sistem ini akan menyebabkan tiupan angin kencang dan lembapan tertumpu di sekitar kawasan berkenaan dan tidak memberi kesan kepada negara kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MetMalaysia berkata penyebaran maklumat palsu dan tidak sahih itu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Oleh itu, orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia serta talian 1-300-22-1638


Pengarang :