Polis serah kertas siasatan kes rogol remaja perempuan bawah umur kepada timbalan pendakwa raya.
AGENDAJENAYAH

Selepas disimbah cat, pemilik kelab komedi kontroversi terima ugutan

KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Polis mengesahkan menerima laporan daripada pemilik sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, di sini, berhubung ugutan yang diterima daripada seorang individu tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata laporan dibuat lelaki itu pada semalam dan dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden simbahan cat pada kelab komedi itu seperti yang dilaporkan kelmarin.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Ugutan diterima oleh isteri pengadu daripada seorang lelaki tidak dikenali dan ugutan dituju kepada pengadu dan ia ada kaitan dengan simbahan cat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, sebuah kelab komedi yang menjadi lokasi seorang wanita menanggalkan baju kurung dan tudung ketika membuat persembahan komediri, disimbah cat oleh dua lelaki.

-BERNAMA

 


Pengarang :