SHAH ALAM, 23 JULAI: Wakil rakyat Pelabuhan Klang mengesa Jabatan Kerja Raya (JKR) bertindak segera mengantikan 153 penutup lubang air di Lebuhraya Pulau Indah yang dikesan hilang.
Azmizam Zaman Huri turut menasihatkan pengguna lebuh raya berkenaan terutamanya penunggang motosikal untuk lebih berhati-hati sementara menanti tindakan pembaikan daripada JKR.
“Sebanyak 72 unit penutup lubang air telah hilang bermula dari persimpangan lampu isyarat Laguna Park sehingga ke pusingan U Kampung Sungai Kembong, Pulau Indah.
“Manakala sebanyak 81 unit penutup pula telah hilang bermula dari persimpangan U Kampung Sungai Kembong hingga ke persimpangan lampu isyarat Laguna Park,” katanya di Facebook baru-baru ini.