AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hujan lebat landa lima daerah di Selangor, KL hingga 1 tengah hari

SHAH ALAM, 2 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir bagi lima daerah di Selangor dan Kuala Lumpur hingga jam 1 tengah hari ini.

Lima daerah terbabit adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat

Amaran sama turut membabitkan seluruh negeri Melaka dan beberapa kawasan di Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Bentong, selain Port Dickson di Negeri Sembilan.

Kawasan lain adalah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian di Johor serta beberapa kawasan di Perak iaitu Manjung, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim

Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :