SHAH ALAM, 11 OGOS: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) membuka semula Pusat Kitar Semula Cyberjaya yang terletak di Persiaran Rimba Permai bermula 1 Ogos lalu.
Pihak berkuasa tempatan itu berkata waktu operasi premis berkenaan ialah pada jam 9 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Sabtu.
Berdasarkan info di Facebook, pusat tersebut menerima barangan terpakai termasuk sisa elektronik (e-waste) dengan harga tertentu yang ditetapkan.
Senarai harga barangan seperti tertera: