Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa negeri hingga jam 12 tengah hari ini.
AGENDANASIONAL

Daerah Sabak Bernam dijangka hujan lebat hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 18 OGOS: Daerah Sabak Bernam, Selangor diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir hingga jam 12 tengah hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) amaran itu turut membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk  serta Hilir Perak di Perak.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :