Majlis Perbandaran Kuala Langat merobohkan struktur tambahan menerusi Operasi Tindakan Bersepadu Perobohan Binaan Tempat Letak Kereta di atas longkang di sekeliling Padang Jalan Perwira 4 dan Jalan Perwira 11, Telok Panglima Garang pada 17 Ogos 2022. Foto: Facebook MPKL
PBTSELANGOR

MPKL roboh binaan tambahan atas longkang, pihak berdegil berdepan tindakan

SHAH ALAM, 18 OGOS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengingatkan mana-mana pihak untuk tidak membina struktur tambahan di kawasan perumahan bagi mengelak tindakan tegas diambil.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook memaklumkan pembinaan itu bukan hanya salah di sisi undang-undang malah menyukarkan kontraktor membuat kerja pembersihan.

“Warga Kuala Langat diingatkan untuk tidak membuat binaan di atas longkang kerana ia menyukarkan kontraktor untuk membersihkan saliran di kawasan perumahan.

“Kesalahan mengikut Seksyen 46(1)(b), Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 bakal dikenakan jika pemilik masih berdegil,” katanya di Facebook.

Semalam, MPKL dengan kerjasama polis mengadakan operasi bersepadu merobohkan binaan tambahan tempat parkir atas longkang di sekeliling Padang Jalan Perwira 4 dan Jalan Perwira 11, Telok Panglima Garang.

MPKL turut memaklumkan, operasi sama terus dijalankan secara berperingkat di kawasan perumahan sekitar Kuala Langat.

Sebarang pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kawalan Bangunan MPKL melalui talian 012-300 4173.


Pengarang :