SHAH ALAM, 18 OGOS: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyambut ulang tahun penubuhan bahagian penguatkuasaannya yang ke-25 semalam.
Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan acara dirasmikan Datuk Bandar Dato’ Johari Anuar di Dewan Serbaguna USJ 7, Subang Jaya.
“Turut dilancarkan bendera penguat kuasa MBSJ dan pemakaian pangkat kepada pengarah penguat kuasa, empat sarjan serta 12 koperal oleh datuk bandar,” menurut kenyataan.
Tambahnya, Bahagian penguatkuasaan yang ditubuhkan sejak 9 November 1997 terus komited dalam mendepani rintangan dan cabaran dengan penuh dedikasi.
Terdahulu, seramai 239 anggota penguat kuasa pelbagai gred iaitu pegawai penguat kuasa Gred KP52 hingga 41, penolong penguat kuasa Gred KP29 dan pembantu penguat kuasa Gred KP19 turut hadir.