AGENSISELANGOR

Pemadam Selangor anjur pertandingan papan selaju terbesar 10 September

SHAH ALAM, 18 OGOS : Persatuan Mencegah Dadah (Pemadam) Selangor menganjurkan pertandingan terbesar sukan papan selaju Grind 8 pada 10 September di Extreme Park, Seksyen 13 di sini.

Pemadam Selangor menerusi Facebook memaklumkan program dengan kerjasama Persatuan Rekreasi Papan Selaju mempelawa pemain papan selaju ‘skateboarder’ menyertai pertandingan tersebut.

“Pihak kami dengan berbesar hati menjemput orang ramai terutamanya ‘skateboarder’ khususnya di Selangor untuk sertai pertandingan ini.

“Menariknya, program ini turut mendapat sambutan hangat oleh peserta dari Filipina, Indonesia dan Singapura,” tulisnya.

Antara pertandingan menarik dianjurkan:

  • Tiktok PemadamxGrind8
  • Klinik ‘Skateboard’
  • Papan selaju wanita
  • Lumba papan selaju (lelaki dan perempuan)
  • Sesi Kolam Api
  • ‘Cash 4 Tricks’

Untuk maklumat lanjut berhubung program itu boleh melayari media sosial @pemadam_selangor (Instagram).


Pengarang :