MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri hingga jam 9 pagi ini.
AGENDANASIONAL

Lima daerah di Selangor diramal ribut petir sehingga 6 petang

SHAH ALAM, 31 OGOS: Amaran ribut petir dan hujan lebat diramal berlaku melibatkan lima daerah di Selangor sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah tersebut ialah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat termasuk Wilayah Persekutuan.

Situasi sama berlaku di beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :