Kakitangan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan KDEB Waste Management menjalankan operasi pembersihan tapak kitar semula di Bagan Pasir, Tanjung Karang pada 25 Ogos 2022. Foto Facebook MPKS
PBTSELANGOR

MPKS lupus sampah haram di tapak kitar semula Tanjung Karang

SHAH ALAM, 3 SEPT: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melupuskan sampah haram di tapak kitar semula di Bagan Pasir, Tanjung Karang susulan aduan awam minggu lalu.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati penyewa lot tanah warga Indonesia pernah dikenakan tiga kompaun dan dua notis kerana menjadikan kawasan itu sebagai tempat pengumpulan barangan kitar semula.

“MPKS mengambil tindakan membersihkan sampah menggunakan dua mesin jengkaut dan mengeluarkan sejumlah 16 tan sampah daripada kawasan tersebut.

“Pemilik tanah turut mengambil inisiatif menambak tanah di laluan masuk ke kawasan tersebut bagi mengelakkan masalah ini berulang,” tulisnya di Facebook.

Jelasnya, pembersihan yang dijalankan di bawah Undang-Undang Kecil 4 Pemungutan Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MDKS 2007 melibatkan 40 kakitangan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor dan KDEB Waste Management.


Pengarang :