Oleh Phat Awang Deng
Mengikat kasih kita sekian lama,
kukira-kira
dalam erti yang kau telah
terima ia.
Anak-anak yang kau dukung membesar
dalam selimut waktu yang
hangat panas, dingin
dan tenang.
Walau ombak tidak
pernah beredar jauh,
pantai jua yang
merindui
asakan dan ghairah
ramas bayu
serta gumpalan
rasa itu.
Pelukan kita jua
diusap
nafas sendiri, moga sepiku
ditafsir orang.