Pelajar Sarjana Sains Bioteknologi Universiti Selangor (Unisel) Muhammad Hamdi Mat Saad (kiri) bergambar bersama Timbalan Dekan (Akademik) Unisel Ts Dr Norazah Mohammad Nawawi di Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi (PIN) peringkat kebangsaan pada 9 September 2022. Foto Facebook Universiti Selangor
AGENSISELANGOR

Pelajar Unisel raih tempat ketiga di Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi Kebangsaan

SHAH ALAM, 14 SEPT: Pelajar Sarjana Sains Bioteknologi Universiti Selangor (Unisel) dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi kategori sarjana di Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi (PIN) peringkat kebangsaan pada 9 September.

Muhammad Hamdi Mat Saad menerusi projek penyelidikan bertajuk ‘The Antibacterial Potential of Biosynthesised Silver Nanoparticles from Serratia Sp. Strain Aq5-Nt39 Against Aeromonas Hydrophila’ membawa pulang trofi dan wang tunai RM500.

Pengarah Komunikasi Korporatnya Hasril Abu Hassan berkata lebih membanggakan Muhammad Hamdi muncul pelajar tunggal dari institusi pengajian tinggi swasta yang tersenarai sebagai enam pemenang utama daripada kesemua dua kategori yang dipertandingkan.

PIN yang berlangsung sejak 3 Jun hingga 8 Ogos anjuran Pusat Nanoteknologi Kebangsaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia sempena Program Nano Kebangsaan 2022.

Pertandingan berkenaan bertujuan memberi peluang kepada pelajar pascasiwazah membentangkan idea kreatif dan inovatif dalam penyelidikan. Ini termasuklah pembangunan nanoteknologi yang merangkumi penghasilan bahan, teknologi dan aplikasi nanoteknologi dalam pelbagai sektor.


Pengarang :