PBTSELANGOR

MPKS anjur program kucing angkat mulai 28 September

SHAH ALAM, 14 SEPT: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menganjurkan program kucing angkat selama sebulan bermula 28 September di Pusat Kurungan Haiwan Sementara MPKS, Komplek Sukan Kuala Selangor.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan program yang berakhir pada 28 November hanya dibuka setiap Rabu dan Jumaat dari 10 pagi hingga 3 petang.

“Orang ramai boleh mendapatkan kucing angkat dengan kadar bayaran RM30 setiap seekor dan perlu membawa sangkar sendiri untuk proses pengambilan kucing,” katanya di Facebook.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program berkenaan, orang ramai boleh menghubungi MPKS di talian 017-628 7542.


Pengarang :