Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas pada harga murah sempena Karnival Jualan Ehsan di Taman Perwira, Sijangkang, Kuala Langat pada 5 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah sedia produk berkualiti, bantu depani kos hidup tinggi (VIDEO)

SHAH ALAM, 14 SEPT: Inisiatif Jelajah Ehsan Rakyat yang dilaksana Kerajaan Negeri meringankan beban penduduk berdepan kenaikan harga barang dan kos sara hidup tinggi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha itu membantu warga Selangor membeli barangan mentah dan asas berkualiti pada harga lebih rendah berbanding pasaran.

“Ini merupakan usaha Kerajaan Negeri mengekalkan keselamatan makanan dan menyantuni warga Selangor yang semakin merasai kesempitan ekonomi hari ini.

“Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyelesaikan masalah untuk semua pihak, dari dulu hingga kini,” katanya di Facebook hari ini.

Program jualan barangan asas murah berlangsung setiap hari di lokasi terpilih seluruh negeri dari 9 pagi hingga 1 tengah hari mulai 31 Ogos hingga 31 Disember ini.

Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.

Pada 30 Ogos, Amirudin berkata program yang menerima peruntukan tambahan RM10 juta menumpukan jualan enam jenis barangan asas iaitu ayam, daging, ikan, telur, beras dan minyak masak.

                                                           

 


Pengarang :